Kanak-kanak zaman sekarang memang celik IT. Bukan saja mengenali bermacam-macam nama permainan video dan kartun terkini malah ada juga yang handal bermain games berbanding orang dewasa.

IKLAN

Seiring peredaran zaman, permainan interaktif pertama yang menggunakan peralatan elekronik suatu ketika dahulu kini beralih dengan hanya memuat turun aplikasi permainan ini melalui gadget seperti IPhone, IPad dan juga tablet.

Ramai ibu bapa sedar penggunaan gajet secara keterlaluan boleh mengubah perlakuan anak termasuk kesihatan mereka. Namun, disebabkan tak mahu mendengar rengekan dan tangisan si kecil, anda terpaksa akur walaupun tindakan anda itu boleh membahayakan anak-anak.

Lebih parah, apabila si manja mengalami masalah penglihatan kerana memandang gadget dalam tempoh yang lama. Sebelum terlambat, ikut teknik terbaik ini untuk atasinya sekarang!

(a) Kurang berkomunikasi
Cuba lihat perkembangan anak anda. Adakah dia kurang suka bercakap dan lebih mendiamkan diri? Jika tidak dibendung, anak akan bermain permainan video yang bukan-bukan tanpa had dan kawalan.

Ibu bapa pula sibuk dengan tugasan masing-masing dan tidak berkesempatan melarang atau memantau aktiviti anak-anak. Akhirnya, komunikasi anak dan anda semakin kurang dan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

Cara untuk atasi: Jika anak sedang menangis, elakkan daripada memberi gadget sebaliknya berilah permainan yang lebih bermanfaat dan menjana perkembangan minda.

(b) Jejas kesihatan
Ketagihan bermain permainan video di negara Asia Timur pernah menyebabkan kematian akibat terlalu asyik melayan permainan hingga mengabaikan kesihatan.

Lazimnya, jangka masa maksimum untuk permainan video ini adalah selama satu jam sahaja. Jika anak-anak bermain melebihi had waktu itu, ia menunjukkan petanda bahawa anak anda telah ketagih dengan permainan video.

IKLAN

Cara untuk atasi: Menyimpan gadget merupakan langkah awal yang perlu diambil bagi mengurangkan ketagihan di kalangan anak-anak. Galakkan anak bergiat aktif dalam aktiviti sukan bagi mengalih perhatian mereka terhadap permainan video.

(c) Mengasingkan diri
Anak yang ketagih permainan video akan suka mengasingkan diri kerana tidak mahu diganggu dan terlalu fokus terhadap permainannya. Keterujaan untuk mengumpul markah dan memenangi setiap peringkat permainan pastinya menjejaskan aktiviti sosial mereka dengan rakan sekeliling.

IKLAN

Kebiasaannya, mereka akan duduk berseorangan di dalam bilik dan melayan permainan video sepanjang hari.

Cara untuk atasi: Bagi mengekang situasi tersebut, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak dan membawa mereka beriadah di taman rekreasi mahupun melawat Pusat Sains Negara atau seumpamanya.

(d) Emosi terganggu
Anak yang disyaki ketagih permainan video seringkali dilihat terganggu emosinya. Mereka akan mudah marah apabila diganggu atau kalah ketika bermain permainan video. Adakalanya pula, anak-anak ini kelihatan terlalu teruja apabila menang. Jika gajet disimpan, mereka mula bersedih kerana tidak tahu apa yang ingin dilakukan selepas itu.

Cara untuk atasi: Pulihkan kembali emosi anak dengan sentiasa mengajak mereka bercerita atau menggalakkan anak-anak mengikuti kelas muzik. Ibu bapa juga boleh mengambil pendekatan seperti mengajar mereka memancing atau membuat biskut supaya mereka lebih tenang dan seterusnya melupakan permainan video. Suziana Abu Daud