Sejak akhir-akhir ini banyak betul masalah dekat pejabat, semua nak dihantar dengan cepat. Pengasuh pula tiba-tiba buat perangai, tanpa sebarang notis tak mahu jaga anak kita lagi. Stres sungguh. Rambut pun secara tanpa disedari sudah hilang seri. Baru tersedar apabila tengok kat cermin pagi tadi, rambut dah tak cantik macam selalu.

IKLAN

Bagi mencipta rambut terus sihat dan berkilau, betik adalah solusi tepat agar mencipta keyakinan diri. Selain mengandungi enzim papain, betik juga merupakan sumber terbaik antioksida dan kaya nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B, karotena, flavonoids, fiber serta mineral seperti magnesium dan potasium. Malah betik sering digunakan sebagai elemen utama pembuatan syampu rambut pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kehebatan betik demi kecantikan rambut

  • Mengawal rambut gugur

Betik menyalurkan banyak kebaikan kepada kecantikan rambut. Kehebatan betik datang daripada kandungan utamanya. Syampu yang berasaskan betik berupaya membantu mencegah rambut gugur dan menjadikan rambut lebih lembut dan cantik. Menggunakan betik dalam penjagaan rambut juga boleh membantu menyingkirkan lebihan produk pencuci rambut dan bahan kimia.

  • Memberi volume pada rambut

Betik dikatakan boleh menentang kepala botak melalui nutrien yang terkandung di dalamnya. Nutrien terpenting ini juga boleh membantu merangsang kekuatan rambut daripada akar dan pertumbuhan semula jadinya dan dalam masa yang sama menjadi rambut beralun dan cantik.

IKLAN
  • Menghindarkan kelemumur

Khasiat yang ada di dalam betik itu boleh membantu membersihkan kotoran yang tidak diingini daripada melekat di atas kulit kepala. Kotoran dan minyak berlebihan di atas kulit kepala sebenarnya menjadi punca kelemumur. Zat flavonoids yang terdapat dalam betik memainkan peranan sebagai anti radang membantu kulit kepala daripada infeksi yang kritikal akibat kelemumur.

IKLAN
  • Berfungsi sebagai perapi rambut

Rambut akan jadi lebih cantik dan bersinar apabila disapu perapi rambut selepas bersyampu. Nutrisi magnesium yang terkandung di dalam betik berupaya meningkatkan kekuatan rambut. Cara mudah membuat perapi menggunakan buah betik ini ialah potong kecil buah betik ini kemudian tambahkan sedikit santan. Campur satu sudu teh madu dan adun sempurna. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan bersih.

  • Menjadikan rambut hitam berkilat

Memiliki rambut hitam menawan tanpa seurat uban menjadi idaman setiap wanita. Warna hitam ini sedikit sebanyak membuat wajah kelihatan lebih muda. Bagi mencapai tujuan ini betik berfungsi membantu pembentukan sel-sel baharu bagi menggantikan rambut yang gugur melalui kandungan potasium dan kaliumnya.

  • Menguatkan akar rambut

Rambut yang sihat datangnya daripada akar yang kuat. Pelihara kulit kepala demi memperkuatkan akar rambut melalui kandungan vitamin C yang terdapat di dalam betik. Vitamin C ini berupaya meningkatkan perjalanan darah di sekitar kulit kepala dan membantu membenarkan nutrisi terpenting untuk rambut diperoleh. Apabila nutrisi penting untuk rambut Berjaya disalurkan dengan baik secara tidak langsung boleh memperkuatkan akar rambut sehingga rambut tumbuh dengan baik tanpa sebarang masalah.