Apabila berbicara tentang pelitup muka, soal perlindungan menjadi keutamaan. Ini kerana pelitup muka yang kurang berkualiti adalah tidak berkesan. Melihat kepada jumlah kes harian COVID-19 yang tidak konsisten, permintaan bagi pelitup muka berkualiti akan terus meningkat.

IKLAN

Pelitup muka akan terus memainkan peranan penting selepas pandemik kerana kita sedar menjaga kebersihan dan kesihatan menjadi amalan harian dan bukan hanya apabila berlaku krisis kesihatan saja.

Kini, pelitup muka menjadi barang keperluan dan sebahagian besar daripada kehidupan harian kita. Ini merupakan satu petanda baik bagi perniagaan pelitup muka seiring dengan norma baharu.

Menurut laporan media, seawal Januari 2021 seramai 90% daripada rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam semasa penularan Covid-19, meningkat daripada 55% pada lewat Februari 2020. Ini mencerminkan keprihatinan dan kesedaran rakyat Malaysia untuk menjaga keselamatan sejajar seruan kerajaan agar kita mengawal pergerakan dan menggalakkan rakyat Malaysia agar terus memakai pelitup muka di samping menjaga penjarakan sosial.

Rentas Health Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi pelitup muka Callie melancarkan siri pelitup muka pembedahan bermutu tinggi di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur. Tetamu kehormat yang merasmikan acara tersebut ialah YB Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia dan YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Diberi nama “Nature Collection, (Koleksi Alam), siri pelitup muka baharu ini berilhamkan Alam Semula Jadi dengan membawakan tiga pilihan – ‘New Wave (Gelombang Baharu)’, ‘For Evergreen (Malar Hijau)’ dan ‘Blossome (Mekar)’. Reka bentuk pelitup ini mendapat inspirasi daripada tema lautan, kehijauan hutan dan keindahan bunga, untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal selamat sambil terus bergaya dalam suasana pandemik Covid-19 dan selepas itu jika perlu.

Ketua Pegawai Eksekutif Callie, Cik Kelly Teoh menerangkan bahawa koleksi baharu ini ialah hasil penambahbaikan siri pelitup muka asasnya. Selain daripada memperhalusi unsur reka bentuk dan mengukuhkan mekanisme perlindungan, Callie juga meningkatkan kecekapan dari segi kelestarian, daripada mencipta bungkusan yang boleh diguna semula, kepada menggunakan komponen lebih mesra alam.

IKLAN

“Kami teruja untuk membawakan rangkaian baharu “pelitup muka yang selesa secara semula jadi” selepas menjalankan kajian pengguna selama berbulan-bulan untuk memahami keperluan pasaran. Orang ramai bukan sahaja mahu memakai pelitup muka yang bermutu tinggi tetapi juga yang selesa dan bergaya – sebaik-baiknya yang mencerminkan personaliti mereka, dan dipakai dalam semua keadaan, sama ada di luar, semasa bekerja, di acara sosial dll. Pelitup muka seharusnya membuatkan si pemakai rasa selesa dan yakin. Pelitup muka Koleksi Alam menampilkan corak keragaman warna tanah dan estetika serba anggun yang menjanjikan keselesaan dan gaya tersendiri, menampilkan tenaga semula jadi dan keceriaan pemakainya.”

Walaupun pasaran kini dipenuhi dengan pelitup muka 3 lapis murah yang dihasilkan dengan kaedah pembuatan dan kualiti yang boleh diragui, Callie menawarkan ciri unik sebagai jenama pelitup muka gred pembedahan 4 lapis bergaya yang direka untuk keselesaan pemakaian maksimum.

IKLAN

Pelitup muka Callie menyediakan kecekapan penapisan sehingga 99% terhadap zarah mikro dan submikron, bakteria dan virus dengan keupayaan hidrofobik tinggi untuk perlindungan daripada cecair dan titisan.

Keunikan pelitup muka Callie terletak pada estetika dan reka bentuk terperinci. Lapisan dalam secara khususnya, dicipta dengan bahan tidak bertenun ikatan pintal polipropilena teramat lembut, yang membezakan pelitup muka Callie daripada yang lain. Diperbuat daripada bahan hipoalergenik, dan direka khas untuk menyerap lembapan dan meningkatkan keupayaan bernafas bagi mengelakkan kerengsaan, dengan bahan yang lembut dan selamat kepada kulit halus untuk mengurangkan lecetan dan kesan terhadap kulit semasa pemakaian.

Untuk maklumat lanjut tentang Callie, sila layari www.calliemask.co.