Meskipun ada ramai kelahiran selebriti muda, popular dan kaya di persada Hollywood ketika ini namun nama Paris Hilton masih gah dalam kelas tersendiri. Kreativiti Paris
mengembangkan cabang perniagaan dalam pelbagai bidang antaranya fesyen, kecantikan dan muzik nyata berjaya meletakkan dirinya kekal relevan di mata masyarakat sampai sekarang. Tidak hairanlah sehingga pertengahan tahun ini sahaja peragawati terkemuka ini mencatatkan kekayaan mencecah USD 300 juta!

IKLAN

Meniti usia 39 tahun, Paris yang dilahirkan pada 17 Februari 1981 di New York tidak hanya dikenali sebagai model kelahiran Amerika Syarikat bahkan dia juga sebenarnya seorang ahli perniagaan berjaya, socialite, personaliti TV, pelakon, penyanyi dan juga DJ. Baru-baru ini nama Paris Hilton kembali menjadi bualan ramai rentetan kisah pertunangannya dengan
seorang jejaka kacak, Chris Zylka.

Namun perkara yang paling mencuri perhatian apabila dia dikhabarkan menerima sebentuk cincin pertunangan berharga USD 2 juta. Disebabkan nilai cincin yang mahal tersebut, gerak-geri Paris hari ini sentiasa dikawal ketat oleh beberapa pengawal peribadi.

Di samping tunang tersayang

Memetik laporan media antarabangsa, perniagaan produk kosmetik, minyak wangi, label pakaian dan kerjaya Paris sebagai DJ membolehkan dia mengaut keuntungan sehingga USD 10 juta. Malah menurut laporan Celebrity Net Worth, Paris Hilton memiliki kekayaan sehingga mencecah USD 300 juta atau perbezaan sebanyak USD 50 juta di belakang rakan baiknya yang juga socialite popular, Kim Kardashian.

Dengan nilai kekayaan itu ia sekaligus menjadikan Paris Hilton antara model terkaya di dunia.

Paris bersama bapa, ibu & adik-beradiknya
Ketika berusia 15 tahun
Mewarisi kecantikan ibu

Menelusuri latar belakang kehidupan jelitawan ini, ibu Paris pernah bergelar pelakon sementara bapanya ialah seorang usahawan. Dia dibesarkan bersama tiga orang adik-beradik iaitu Nicky, Barron dan Conrad. Datuk Paris Hilton merupakan pengasas rangkaian perhotelan terkemuka dunia iaitu Hilton Hotels dan bersandarkan status datuknya, Paris
bergaul rapat dengan beberapa rakan artis dan personaliti terkenal seperti Kim Kardashian, Ivanka Trump dan Nicole Richie.

Dibesarkan di Los Angeles dan mula menceburi bidang peragaan seawal usia kanak-kanak, Paris bagaimana pun telah menandatangani kontrak sebagai model di bawah agensi peragaan milik Donald Trump ketika berumur 19 tahun dan terus melebarkan bakatnya di kaca televisyen pada tahun 2003.