Tanggal 10 Disember 2019 telah mencipta sejarah dalam hidup wanita yang diberi Sanna Marin ini apabila telah diberi tanggungjawab oleh rakyat Finland untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan. Wanita ini telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Antti Rinne yang telah meletakkan jawatan.

IKLAN

Wanita kelahiran Finland ini turut mencatat sejarah dunia apabila menjadi Perdana Menteri Termuda Di Dunia. Berusia 34 tahun, Sanna Marin berjaya mendapat kepercayaan rakyat Finland yang mempunyai populasi penduduk seramai 5.5 million.

Perlantikan Sanna Marin ini secara tidak langsung telah merampas kedudukan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, 39 tahun, yang sebelum ini memegang status sebagai Perdana Menteri Termuda Dunia.

Wanita yang mempunyai pendidikan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.

Mungkin sudah tertulis rezekinya, 6 hari sebelum menyambut hari jadi ke-34, wanita ini telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Mungkin perlantikan ini merupakan hadiah terindah buat isteri kepada Markus Räikkönen ini.

Sebagai mewakili ahli politik generasi muda, Sanna Marin juga tidak terkecuali mempunyai akaun di media sosial. Mempunyai jumlah pengikut seramai 115 ribu orang Sanna Marin sering berkongsi aktiviti sosialnya di laman Instagram.

IKLAN

Ibu kepada Emma Amalia Marin ini telah berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk berkongsi foto sewaktu menyusukan anak. Mungkin ahli politik generasi muda ini mahu menunjukkan bahawa sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu tidak perlu ‘kalah’ dengan tanggungjawab di rumah. Setiap wanita mempunyai peluang untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

IKLAN

Selain itu Perdana Menteri Finland ini juga turut berkongsi dengan umum percutian romantiknya bersama suami di Itali serta makan makanan kegemarannya seperti ais krim dan gula kapas.

Foto: Instagram @sannamarin
Sumber: https://www.dailymail.co.uk/