Hidayah itu milik Allah, namun ia perlu dicari dan bukan dinanti. Perkongsian Mizz Nina dalam buku tulisannya berjudul ‘Light for the Lost Soul: Seeking Contentment for the Troubled Heart’ bukan saja menyentuh perasaan tetapi menyingkap hidayah ketika beliau meniti populariti.

“Saya masih ingat satu perasaan ini ketika perform di atas pentas. Bayangkan ketika spotlight menyimbah muka saya, hati ini tiba-tiba berbisik. ‘Apa aku buat ni? This is not me. This is not making me happy.’

IKLAN

Sebenarnya bukan muzik yang membuat saya down. Tapi gaya hidup high life yang amat melemaskan. Ia juga memenatkan fizikal mental saya dengan kehidupan tersebut.

“Tuhan adalah bahagian diri saya yang hilang” Mizz Nina

 

Mizz Nina kini semakin matang dan jelita

Sejak bergiat solo, pelbagai pencapaian diraih termasuk berduet dengan artis luar negara. Saya rasa ada segala-galanya. Tapi jauh di sudut hati, saya ‘kosong’ melihat segala anugerah dan album yang diterima. Saya penat mengejar pencapaian demi pencapaian.

Apa yang saya terima dari kerja keras selama ini hanya stres, untuk sebuah trofi yang kecil. Kemudian selepas menang, saya lalui lagi proses ini dan begitulah kitarannya. Ia pernah memberi saya kegembiraan tapi kemudian, tidak lagi…”

Sambung Mizz Nina, titik perubahan sebenar berlaku ketika beliau mengerjakan haji dan mengubah penampilan. Dan di situlah beliau didatangi kesedaran bahawa Allah adalah bahagian dirinya yang hilang selama ini.

Mizz Nina ketika bergelar usahawan fesyen Madeena

 

Mizz Nina kini merupakan penulis buku dan sering berkongsi ilmu di media sosial

 

ANAK JUTAWAN

Peminat muzik hiphop Malaysia atau golongan Gen Y circa milenium pasti amat mengenali Mizz Nina. Berusia 41 tahun, penampilan wanita bertudung labuh itu kini jauh berbeza dengan kemunculan awalnya di persada hiburan.

Sebelum bergelar penyanyi solo, Mizz Nina pernah mencatat sejarah sebagai rapper Malaysia pertama yang berduet dengan penyanyi-penyanyi hiphop Amerika Syarikat seperti Flo Rida dan Colby O’Donis. Beliau sebelum itu mencipta nama dalam hiphop scene negara bersama kumpulan Teh Tarik Crew.

Merupakan anak bongsu kepada Tokoh Perbankan Negara dan salah seorang lelaki terkaya Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Mizz Nina bertuah kerana she was born with a silver spoon in her mouth!

Mizz Nina disamping ibu bapa dan suami tercinta

Mizz Nina juga merupakan cicit kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad. Ibunya, YM Tunku Puan Sri Arishah Tunku Ma’amor merupakan kerabat Negeri Sembilan.

IKLAN

Tapi kesenangan bukan segala-galanya. Bayangkan walau hampir sedekad Mizz Nina berumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, mereka masih belum direzekikan cahaya mata.

Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman pernah berkongsi ikhtiar mereka mencuba dua rawatan kehamilan iaitu In Vitro Fertilization (IVF) dan Intra Uterine Insemination (IUI) sekitar tiga tahun lepas. Ia walau bagaimanapun, belum menampakkan hasil.

Haji Noh Salleh dan Hajjah Shazrina Azman

 

LANCAR APPS

IKLAN

Pada usia semuda 33 tahun lagi, Mizz Nina sudah mula mengubah gaya hidupnya. Wanita ini berkali-kali memanjatkan syukur kerana terpilih untuk menerima hidayah Allah SWT dan mengambil keputusan mengenakan hijab bermula tahun 2013.

Daripada imej kebaratan, beliau kini selesa berpakaian longgar dan mengikut syariat Islam. Tudung yang dipakai sengaja dilabuhkan dan Mizz Nina amat jarang dilihat bermekap tebal seperti segelintir selebriti Muslimah lain.

Buku pertama tulisan Mizz Nina

 

Mizz Nina merupakan Pengasas & CEO Qalby App

Transformasi Mizz Nina jelas mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta. Pasangan merpati dua sejoli itu ibarat saling melengkapi, bukan setakat beribadah bahkan kini Haji Noh dan Hajjah Nina juga rajin berbahagi ilmu agama dengan followers masing-masing.

Dalam perkembangan terbaru, Mizz Nina yang aktif dalam kegiatan dakwah motivasi dan terkenal sebagai aktivis kemanusiaan telah membangunkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Qalby App.

Aplikasi tersebut tersedia di Google Playstore dan Apple Store dilancarkan secara rasmi penghujung tahun 2020. Tujuan beliau mewujudkan Qalby App ialah untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi. Kata Mizz Nina, Qalby membawa maksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab.

Foto: Facebook Mizz Nina