Jika dalam piramid makanan, buah-buahan adalah sumber makanan terpenting untuk keperluan tubuh manusia. Buah-buahan boleh dimakan begitu sahaja atau diolah dalam masakan. Buah-buahan yang kaya dengan antioksida adalah yang terbaik untuk memelihara kulit sihat dan cantik kerana menentang radikal bebas.

IKLAN

Mengapa buah-buahan dikatakan snek terbaik untuk menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh? Pengambilan snek adalah penting bagi mereka yang berdiet kerana biasanya kadar makanan yang diambil adalah sedikit berbanding biasa. Mengambil buah-buahan sebagai snek adalah suatu amalan pemakan yang sihat berbanding mengambil makanan lain seperti kuih-muih atau biskut sebagai snek. Ini kerana kandungan gula, garam dan perasa dalam makanan yang diproses boleh mengganggu diet anda.

Pilih Buah-buahan Kerana Khasiatnya

Serat yang tinggi dalam buah-buahan tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri selain membantu pencernaan. Tanpa serat, makanan mengambil masa 70 hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Sebagai contoh buah betik elok untuk pelawasan dan epal bagus untuk mereka yang mahu menjaga kecantikan kulit. Selain buah-buahan ini dijadikan snek bagus juga sebagai pencuci mulut.

Buah-buahan Sebagai Salad

Sering merasa lapar namun tidak mungkin mengambil makanan berat seperti nasi dan lauk maka salad buah-buahan adalah jawapannya. Salad buah cukup ringan dan sihat tetapi tetap mengenyangkan. Salad buah merupakan makanan sempurna untuk memulakan hari sebagai sarapan. Salad buah-buahan juga sesuai disajikan ketika berkelah dan majlis keraian. Salad buah kaya serat dan rendah kalori. Buah-buahan yang sering menjadi pilihan adalah epal merah dan mangga. Pepatah Barat ada mengatakan ‘sebiji epal dalam sehari dapat hindarkan diri anda dari doktor.

Elok Ambil Buah-buahan Sebelum Makan

Buah-buahan adalah pilihan snek yang terbaik dan boleh diambil sebagai snek harian ketika menonton televisyen. Buah-buahan boleh menggantik kuih sebagai minum petang. Selain rasa yang sedap buah-buah juga bagus untuk kesihatan dan kaya antioksida serta menjimatkan duit tidak perlu membeli suplemen. Buah-buahan elok diambil setengah jam sebelum makan kerana jika diambil selepas makan dia ada sejenis gas yang akan buat perut rasa tidak selesa.

Detoks Buah-buahan

Banyak kelebihan yang diperolehi melalui pengambilan air minuman detoks ini terutamanya ia membantu menguruskan badan secara sihat. Air detoks sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan yogurt dan campuran buah-buahan. Detoks buah-buahan boleh membantu mengawal keseimbangan paras gula dalam darah dan sistem pencernaan serta penghadaman lebih lancar. Sebaik-baiknya minum pada waktu malam sebelum tidur kerana tubuh melakukan proses detoksifikasi secara semula jadi dalam tidur.

Buah-buahan Kaya Vitamin C

Vitamin C merupakan salah satu vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan sel-sel dalam tulang, gigi, kulit dan lain-lain. Selain itu Vitamin C juga mempunyai peranan untuk membantu meningkatkan penyerapan zat besi, membantu mencegah kerosakan sel sehingga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Malah dapat melindungi tubuh daripada infeksi kerana Vitamin C dapat membantu menjaga sistem kekebalan tubuh. Salah satu sumber vitamin C adalah buah-buahan. Buah-buahan yang kaya Vitamin C adalah jambu, betik, kiwi, strawberi dan oren.