Ramai yang sudah mula bekerja. Ramai juga terlupa macam mana nak jaga kebersihan diri kerana terlalu ghairah dapat lihat dunia luar setelah 46 hari berkurung. Jangan lupa ya, kita masih lagi bertarung dengan ‘musuh’ yang tak nampak dengan mata kasar. Ikuti tips ini untuk diri dan kediaman anda!

 

IKLAN

Kebersihan diri

  • Jangan sentuh muka. Elakkan dari menggosok atau menyentuh mata, hidung dan mulut.

 

  • Jangan batuk atau bersin sambil menutup dengan tangan. Tutup mulut menggunakan tuala atau lengan. Jika menggunakan tisu, buang segera.

 

 

  • Jaga jarak sosial. Jarak di antara satu sama lain adalah 1 meter. Biarlah nampak sombong, asalkan tidak tergolong dalam pesakit Covid-19.

 

Cuci, cuci, cuci tangan!

Walau di mana sahaja anda pergi, jangan lupa mencuci tangan. Sekiranya memakai sarung tangan, buang di luar rumah terlebih dahulu sebelum masuk dan cuci tangan semula.

 

Kebersihan Rumah

Disinfeksi – Setiap kediaman berbeza tetapi paling penting bahagian luaran seperti tombol pintu, kerusi, meja, permukaan tandas, dapur, telefon bimbit malah apa sahaja perlu di disinfeksi.

 

Cuci pakaian di rumah – Tidak perlu berkunjung ke dobi. Jangan risikokan diri kepada bahaya Covid-19.

 

Kerap tukar dan cuci cadar, tuala dan baju sekerap mungkin. sekiranya anda keluar dari rumah, rendam baju sebaik sahaja Kembali semula ke rumah.

 

Cuaca yang panas sekarang adalah baik untuk membunuh kuman. Sidai kain yang sudah di cuci di luar dengan segera. Bukan sahaja boleh membunuh kuman malah pakaian pun berbau segar!

 

Cuci tangan sebaik sahaja selesai mencuci pakaian.

Cuci atau disinfeksi laundry bag anda.