Kehadiran bulan Mac sinonim dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Justeru bagi meraikan pencapaian wanita di Malaysia, jenama gaya hidup terkemuka iaitu Kate Spade New York mengambil inisiatif untuk meraikan golongan ini secara eksklusif.

Seramai lima wanita hebat yang sering memberi inspirasi kepada wanita lain telah dipilih untuk diraikan oleh Kate Spade. Individu terpilih itu ialah Dato’ Shyamala Alagendra, Heidi Quah, Dr Jezamine Lim, Nor ‘Phoenix’ Diana dan Dr Anjhula Mya Singh Bais.

IKLAN

 

(1) Dato’ Shyamala Alagendra

Merupakan seorang peguam mewakili hak kesamarataan gender dan kanak-kanak di United Nations Independent Investigative Mechanism for Myanmar (IIMM). Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan Am di Fiji.

“Apabila berlaku ketidakadilan, kita seharusnya bersuara dan berusaha menghentikannya” – Dato’ Shyamala Alagendra

 

Ekspresi Dato’ Shyamala dalam persalinan Kate Spade Spring 2021

 

Beg tangan Kate Spade menyerlahkan identiti profesional peguam antarabangsa ini

 

(2) Heidi Quah

Merupakan seorang aktivis kemanusiaan dan diiktiraf sebagai penerima Nona Charity Award dalam Nona Superwoman Award 2020. Beliau juga adalah pengasas badan amal NGO, Refuge for The Refugees serta pernah membantu memberi pendidikan asas secara percuma kepada kanak-kanak pelarian Myanmar di Malaysia.

“Saya mahu membela nasib golongan pelarian serta mangsa pemerdagangan manusia” – Heidi Quah

 

Heidi Quah menyenangi aksesori Kate Spade sebagai pelengkap gaya

 

Rona-rona terang seperti kuning menyerlahkan sisi gadis muda ini

 

(3) Dr Jezamine Lim

Selain menguruskan kerjaya seni manusia paling kelakar di dunia, Dr Jezamine Lim juga merupakan satu-satunya wanita yang memperoleh PhD dalam jurusan Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, usahawan wanita ini turut menubuhkan The Joke Factory, sebuah ruang khas untuk penggiat komedi bersama suami, Harith Iskander.

“Saya tekad mendalami bidang bioteknologi yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki” – Dr Jezamine Lim

 

IKLAN
Bekas model dan ibu anak tiga ini tetap bergaya dalam apa jua persalinan

 

Kecantikan Dr Jezamine Lim yang berdarah kacukan Cina dan India

 

(4) Nor ‘Phoenix’ Diana

Sebagai ahli gusti profesional berhijab pertama di dunia, Nor ‘Phoenix’ Diana amat dikenali kerana sifat dominan serta keyakinan dirinya di gelanggang. Namun di sebalik cabaran fizikal ketika bergusti, beliau berdepan cabaran mental yang lebih besar iaitu pandangan masyarakat terhadap wanita Muslimah dalam sukan tersebut.

“Saya suka melihat kejayaan wanita di sekeliling saya. Rasa termotivasi dan mahu berusaha lebih kuat” – Nor Diana

 

Personaliti Nor Diana yang sporty terserlah dalam padanan Kate Spade ini

 

IKLAN
Di luar gelanggang, Nor Diana sebenarnya seorang yang pemalu dan lebih reserved

 

(5) Dr Anjhula Mya Singh Bais

Wanita ini adalah seorang penasihat hak asasi manusia, pengarah Amnesty, model dan pakar psikologi antarabangsa. Beliau juga adalah salah seorang daripada enam pakar psikologi dalam program kepimpinan muda global di Forum Ekonomi Dunia yang lalu.

“Wanita mesti keluar dari pemikiran ‘I am not enough’ dan berkeyakinan tinggi untuk maju” – Dr Anjhula Mya Singh Bais

 

Seorang penggemar fesyen dan bercita rasa dalam penampilan hariannya

 

Dress dan beg tangan Kate Spade terletak cantik di tubuh Dr Anjhula

 

BERGAYA & PERJAYA

Kerjasama di antara Kate Spade dan wanita-wanita ini bertujuan untuk menyebarkan sifat mencintai diri sendiri dalam perjalanan mereka memperkasakan wanita.

Kelima-limanya menerima layanan eksklusif seperti sesi foto dalam persalinan koleksi terbaharu Kate Spade Spring 2021 oleh jurufoto Amanda Tan. Bertuah sungguh! Syabas Kate Spade New York di atas usaha mengangkat martabat wanita Malaysia.