Jika sebelum ini pasangan diraja Britain yang membawa gelaran The Duke and Duchess of Cambridge menggunakan platform digital Twitter dan Instagram untuk mempromosikan tugas-tugas khas mereka. Kini Putera William dan Kate Middleton telah melebarkan lagi hebahan tugas-tugas khas mereka dengan melancarkan saluran YouTube sendiri. Nampaknya abang dan kakak ipar Putera Harry kini sudah bergelar “YouTubers“.

IKLAN
Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge, @chrisfloyd
Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge

Memperkenalkan saluran YouTube menerusi ciapan, sambil Putera William bergurau mesra kepada isterinya, “Be careful what you say now because these guys are filming everything,” sambil dijawab mesra oleh Kate “I know,“. Dalam video pendek berdurasi 25 saat ini pasangan ini turut menyajikan beberapa aktiviti mereka termasuk lawatan rasmi ke Bhutan dalam saluran YouTube yang diberi nama The Duke and Duchess of Cambridge itu. Sekelip mata sahaja saluran YouTube pasangan diraja ini sudah mempunyai lebih 140,000 subscribers.

Namun khabarnya, pasangan diraja ini bukan kerabat diraja Britain yang pertama melancarkan saluran YouTube ini. Pewaris takhta kerajaan Britain ini juga baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10. Teringat dahulu momen indah perkahwinan diraja ini yang ditonton oleh seluruh dunia. Gaun perkahwinan Kate mendapat pujian dan beliau sendiri kelihatan cantik sehingga sekarang.

IKLAN
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge
Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge

Bagi mendedekasi ulang tahun perkahwinan ke-10, ibu dan bapa kepada Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis ini telah berkongsi kebahagiaan mereka menerusi sebuah video pendek atau boleh dikatakan trailer. Video ini memaparkan kehidupan pasangan diraja ini bersama ketiga-tiga anak mereka menghabiskan masa bersama sambil menyelitkan aktiviti memanggang marshmallows.

IKLAN
Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge
Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge, Fotografer: Matt Porteous

Bila bercakap tentang keluarga diraja Britain ini umpama tak lengkap kalau tak berbicara tentang pasangan Putera Harry dan Meghan Markle. Di saat abangnya, Putera William rancak dengan media sosial tetapi Putera Harry dan isterinya menyepikan diri daripada media sosial. Posting terakhir pasangan ini ialah pada bulan March 2020 menerusi akaun peribadi mereka. Putera Harry dan Meghan Markle kini lebih selesa menggunakan media untuk sebarang hebahan berbanding media sosial.

Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge
Foto: Twitter @The Duke and Duchess of Cambridge, @chrisfloyd