Lemah longlai rasanya apabila sebentar tadi diumumkan PKP 2.0 yang dijadualkan berakhir Khamis ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut menyatakan keputusan tersebut diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend peningkatan kes COVID-19 di semua negeri.

IKLAN

Bagai sudah dijangka, masyarakat terpaksa menerima keputusan itu dengan berlapang dada. Tiada pilihan. Hidup ini semakin sesak namun kesihatan awam di tahap bahaya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Persoalannya, adakah PKP yang kita jalani selama ini sia-sia? Nona berkongsi pandangan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran, selepas lebih setahun COVID-19 di Malaysia.

Tulis Dr Safiya, kita sepatutnya ambil pengajaran dari keputusan dan tindakan yang dibuat selama ini.

(1) Kawalan sempadan negara, negeri dan daerah sangat penting dalam kawalan wabak.

Saya dengar ulasan negara luar tentang Malaysia. Pakar mereka sebut (dalam bahasa Inggeris), “Gelombang kali ini bermula dengan 2 epicentre iaitu Sabah dan Kedah. Tetapi sebab ubah-ubah movement control order, kes telah merebak ke seluruh negara.”

Dia cakap berlapik tapi saya faham apa yang dia maksudkan ialah disebabkan membenarkan pergerakan bebas antara kawasan wabak dan bukan dalam keadaan wabak tidak terkawal telah menyebabkan ia merebak ke seluruh pelosok negara.

Jadi kali ni sangat berharap agar kita dapat learn the lesson. Selagi wabak belum terkawal di sesuatu daerah, tak boleh buka dan benarkan pergerakan free flow keluar masuk di kawasan itu.

Berilah peluang dan ruang untuk Pejabat Kesihatan Daerah buat kawalan di daerah mereka dengan efisyen. Tak perlu nak buat contact tracing seluruh Malaysia. Letihnya tak terkata!

IKLAN

(2) Tidak boleh membenarkan apa apa bentuk perhimpunan besar di dalam bangunan atau secara terbuka secara long term

Bukan sekejap boleh sekejap tak boleh. Impaknya sangat besar. Malah perhimpunan kecil-kecilanlah yang banyak menghasilkan jangkitan sesama kontak rapat. Mahu tak mahu kita perlu berubah ke arah virtual meeting sehingga keadaan benar-benar terkawal. Banyak majlis menjadi sebab merebaknya penyakit.

  • Majlis kenduri
  • Majlis hari jadi
  • Majlis perpisahan
  • Majlis persaraan
  • Majlis family day
  • Majlis reunion sekolah
  • Sembang politik
  • Sembang kedai kopi

Mahu tak mahu aktiviti perhimpunan baik kecil atau besar perlu dihentikan secara long-term sehingga keadaan kembali terkawal.

IKLAN

(3) Sebelum nak mulakan pengurangan PKP, kena pastikan tahap keselamatan di tempat kerja kerana ini punca kepada banyak kluster

  1. Perlu ada modifikasi di tempat kerja.
  2. Perlu ada SOP yang dipatuhi dan dipantau.
  3. Perlu ada survelan risiko yang berterusan.

Kalau tempat kerja sempit dan pekerja ramai, perlu ada cara nak atasi, sama ada penggiliran atau ubah suai tempat. SOP di tempat kerja memang berkesan. Isunya ramai pandang enteng dan tidak patuh.

  • Pakai mask.
  • Sentiasa cuci tangan.
  • Jangan sembang dekat.
  • Jangan berkumpul ramai ramai.
  • Pastikan pengudaraan yang baik.
  • Jangan hadir bekerja apabila bergejala.
  • Tetapi bila patuh, ia memang berkesan. Setiap agensi tempat kerja perlu tahu apa perlu dilakukan bila kes berlaku.
  • Kes segera diasingkan
  • Kontak rapat diberi arahan kuarantin
  • Kontak bergejala terus diarah buat swab
  • Aturkan untuk proses sanitasi di pejabat
  • Majikan tak sepatutnya kata, masuk kerja sehinggalah PKD beri arahan kuarantin.
  • Majikan tak sepatutnya kata, tunggu aja orang kesihatan buat sanitasi.

Ini adalah fasa semua kena bertanggungjawab. Semua boleh participate untuk buat pencarian kontak. Semua boleh participate untuk buat aktiviti kawalan. Semua patut proaktif. Jangan letak tanggungjawab itu atas KKM semata-mata.

Kita dah bersama pandemik ini lebih setahun! Kita mesti proaktif! Dan kita mesti sama-sama berdoa agar keadaan di Malaysia semakin pulih dengan izin Allah.

Sumber: Dr Safiya Amaran (klik sini)