“Craft is one of my main interest: one that I’ve made central to LOEWE’s identity.”- JONATHAN.

Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap seni kraf, tahun ini LOEWE Weaves berkolaborasi dengan Sotheby’s menerusi projek LOEWE Weaves Collection. Koleksi unik ini terdiri daripada beg kulit tenun, bakul dan aksesori. LOEWE Weaves meneroka hasil tenunan sebagai satu seni kraf dekorasi serta cara membina struktur.

IKLAN

Protagonis utama dalam koleksi ini ialah Chestnut roaster daripada Galicia yang merupakan periuk tanah liat buatan tangan. Antara keunikan, terdapatnya lubang-lubang yang ditebuk pada periuk. Lubang ini mempunyai fungsi tersendiri manakala rekaan teksturnya pula cukup ideal untuk teknik-teknik tenunan yang berbeza.

IKLAN

Untuk aksesori, LOEWE Weavers melebarkan lagi idea tenunannya kepada aksesori kulit dan raffia mewah dengan perincian artisanal seperti beg, gelang, tenunan serta knotted vase.

Sotheby’s mempamerkan koleksi 7 artist-embellished chestnut roasters yang dihiasi dengan teknik tenunan eksperimental oleh pakar seni kraf terkenal seperti Arko (Jepun), Min Chen (China) dan Laia Arqueros (Sepanyol). Periuk hasil tangan ciptaan tukang tembikar, Antonio Pereira turut diinterpretasi semula oleh ketiga tiga pakar seni kraf tadi. Ia akan dipamerkan bersama-sama karya Sotheby’s marquee May yang luar biasa dari seni Impressionist, Modern and Contemporary Art di New York.

IKLAN

Pameran dibuka pada 1 Mei dengan menyaksikan beberapa karya seni paling luar biasa pada abad ke-20 dan 21. Ia akan dilelong oleh Sotheby’s pada 12 Mei iaitu ketika pameran berakhir. Karya seni ini akan dijual pada harga tetap di Sotheby’s Buy Now secara atas talian bermula 1 Mei sekaligus menjadikan LOEWE sebagai rumah fesyen mewah pertama yang bergabung secara eksklusif dengan platform tersebut serta terlibat sepenuhnya dalam setiap proses.

The LOEWE Weaves boleh diperolehi di stor-stor LOEWE dan loewe.com bermula pada 27 Mei 2021.