Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadan bakal beransur pergi. Sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, mulakan rutin penjagaan wajah menggunakan produk baharu ini untuk menyerlahkan keserian kulit.

 

IKLAN

(1) FOREO UFO 2


Revolusi powermasking terus diperhebatkan dengan inovasi FOREO UFO 2. Teknologi peranti penjagaan kulit di rumah ini telah dipermajui selepas debut generasi pertama. Di antaranya boleh digunakan dengan kebanyakan sheet masks biasa, selain terapi Thermo dan Cryo untuk menghangat serta menyejukkan kulit sehingga lima kali lebih pantas.

Terdapat juga teknologi cahaya LED berspektrum penuh serta pulsa T-Sonic agar khasiat dari mask dapat meresap jauh ke dasar kulit, sekaligus memaksimumkan kesan kecantikan wajah dengan lebih efisien.

 

(2) FENTY BEAUTY EAZE DROP BLURRING SKIN TINT

Untuk litupan ringan dan sederhana, produk terbaharu Fenty Beauty ini berupaya menyempurnakan kompleksi wajah anda agar nampak lebih natural bagaikan filter! Meskipun bersifat ringan, namun ramuan Quickblur Complex berkesan untuk menyamarkan pori-pori mahupun kedutan dengan baik.

Ia juga diformulasi untuk menyihatkan kulit serta menjadikannya lebih lembap, lembut dan licin. Kulit tetap kelihatan kulit, secara semula jadi.

 

(3) CLARINS UV PLUS (5P) ANTI-POLLUTION SPF50 PA+++

IKLAN


Lindungi kulitmu dari pencemaran dengan krim pelembap baharu ini. Formulasi ekstrak daun mangga organik yang kaya antioksidan mengaktifkan NRF2, sejenis protein dalam sel kulit untuk pertahanan kendiri.

Ia sekaligus melindunginya dari sinar lembayung ungu dan pencemaran alam sekitar, menjadikan wajahmu bebas inflamasi, kekeringan, kusam atau tanda penuaan. Ringan dan kalis peluh, produk ini ditampilkan dalam pilihan Translucent, Rose dan Lavender.

 

(4) DIIKTIRAF SISTEM PERANTI KECANTIKAN #1 DUNIA

IKLAN


Nu Skin diiktiraf sebagai jenama sistem peranti kecantikan No. 1 dunia buat kali keempat berturut-turut oleh badan penyelidikan pasaran penjagaan kulit terkemuka, Euromonitor International.

Produk ageLOC Boost baharu yang mengaplikasi teknologi pulsa microcurrent untuk mengaktifkan keserian kulit dengan cepat melengkapkan portfolio keluarga peranti Nu Skin yang lain seperti ageLOC Galvanic Spa, ageLOC Body Spa, ageLOC LumiSpa dan sebagainya.

 

(5) AHC LUMINOUS GLOW EYE CREAM FOR FACE


Jenama penjagaan kulit No. 1 Korea Selatan, AHC memperkenalkan Luminous Glow Eye Cream for Face. Ia merupakan sejenis produk multi-dimensi yang mampu mengatasi lebih 8 masalah kulit dalam satu langkah mudah bagi mencapai kulit lebih cerah dan berseri.

Luminous Glow Eye Cream for Face mengandungi sejenis bahan baharu yang eksklusif daripada AHC, iaitu Gluta-I Complex, gabungan bahan yang unik dan khusus, yang menawarkan manfaat kulit berseri dan anti-penuaan. Malahan, ia terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan dalam 14 hari.