Nabila Razali bukan suatu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Lantunan suaranya sering berkumandang di corong radio dan menjadi siulan anak muda. Bermula dengan single Cemburu, Pematah Hati dan Vroom Vroom gadis berusia 27 tahun ini bijak mengatur langkah sehingga berjaya menempah tempat dalam industri seni dengan begitu mudah.

IKLAN

Siapa sangka rupanya Nabila Razali yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Kejuruteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini pernah bekerja sebagai arkitek sebelum melangkah kaki ke dalam dunia seni. “Saya sempat bekerja 6 bulan tapi berhenti kerja sebab nak sambung belajar (Master).

Baru saja 1 semester tapi tak sempat menghabiskan pengajian sebab dah mula sibuk dan terikat dengan karier seni. Walaupun rasa cinta dalam dunia arkitek tak pernah padam tapi saya anggap peluang yang macam ini tak datang selalu. Jadi apa salahnya saya rebut peluang yang ada. Alhamdulillah, Nabila Razali sudah berada di sini tapi masih jauh lagi perjalanan saya,” tutur finalis Akademi Fantasia (AF) 2013 ini.

Ketika ditanya kepada pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini tentang dilema memilih dunia professional dan glamor, jawabnya, “Saya memang seorang yang talkative. Sejujurnya bekerja dalam dunia seni saya rasakan vibrasi yang sangat berbeza sebab itu saya memilih bidang ini sebagai kerjaya.

Tapi tak bermaksud saya lupakan apa yang dipelajari dulu sebab saya masih hubungi kawan-kawan lama. Kalau ada macam nak dekor apa-apa saya akan tanya mereka. Macam saya ada juga dekor bilik sendiri. Mak saya pula rajin dekor rumah dan selalu minta nasihat saya,” bicara Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella.

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dan Nabila Razali turut berkongsi bahawa dirinya tidak mampu mencapai semua impian yang telah disenaraikan. “Kalau sebut tentang impian yang belum terlaksana untuk 2019 saya tidak berupaya mencapai impian yang terencana dalam perniagaan saya.

Bila dah mula berlakon dah menyanyi saya kurang tumpukan perhatian dalam bisnes. Saya mempunyai 2 buah rangkaian niaga iaitu Nabila Scarf dan Baela Lipmatte By Nabila Razali. Walaupun saya tidak bergerak secara aktif dalam perniagaan ini tapi alhamdulillah masih ada lagi yang membeli dan bertanya produk terbaharu daripada saya.

IKLAN

Itu lah bila tak dapat luangkan masa dekat bisnes saya terkilan juga. Tapi saya sedar kerana tak ada team yang ramai untuk kendalikan bahagian tu. Team saya kecil dan masing-masing memang tak menang tangan untuk buat semua sekali gus. Insyaallah untuk 2020 kita akan cuba untuk kembangkan lagi. Bagi saya biar lambat asal selamat,” ujar Nabila Razali yang juga merupakan pelumba kereta di bawah Toyata Gazoo Racing.

Bagaimana pula cabaran bergelar usahawan muda yang dalam masa yang sama bergelar selebriti. “Kalau nak cakap pasal cabaran ada banyak cabarannya dan salah satunya adalah bersaing dengan produk yang sedia ada. Macam saya pula masih baharu dan banyak lagi benda yang perlu belajar.

Macam orang lain dah tahu apa strategi terbaik untuk produk mereka bukan macam saya masih lagi try and error. Saya tak mahu ketinggalan bersaing dengan orang lain tapi cara yang sihat. Tapi dalam masa yang sama saya mahu nama produk itu stand out.

IKLAN

Teringin juga tahu bagaimana Nabila Razali yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instagram ini menjaga tudungnya yang sentiasa dilihat terletak cantik. “Bagi saya ciri-ciri tudung yang buat saya yakin adalah yang berbau harum, senang diseterika dan kurang berkedut.

Saya telah diperkenalkan dengan pelembut fabrik TOP Plush Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi yang menjadikan fabrik dicuci lebih lembut serta bertekstur mewah dengan haruman menyenangkan. Ia diformulasikan dengan teknologi cucian termaju iaitu FibreTech dan Scent Micropod.

TOP Plush Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi mempunyai manfaat tambahan seperti 99.9% anti-bakteria, mengawal bau busuk, mengurangkan kedutan fabrik agar mudah diseterika, mengurangkan lekapan statik, mengekalkan bentuk fabrik serta berasaskan tumbuhan mesra alam sekitar.

Didatangkan dalam lima haruman menarik menerusi variasi warna berbeza iaitu Spring Blush, Morning Breeze, Scarlet Passion, Glamourous Magnolis dan Soothing Care,” kongsi Nabila Razali tentang penjagaan tudung-tudung kesayangannya.

Bagi mendapatkan tudung wangi dan cantik macam Nabila Razali boleh klik sini.

Foto: Facebook Nabila Razali