Perasaan tak perubahan kulit sejak akhir-akhir ini? Dalam cuaca sekarang yang panas dan kerap berada di dalam bilik berhawa dingin pasti membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ditambah pula sikap tidak suka minum air kosong.

IKLAN

Sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan, anda perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit. Baru keyakinan diri semakin meningkat dan tidak kekok berjumpa dengan orang ramai.

Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit yang terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan. Ini adalah akibat kekurangan air pada lapisan luar kulit yang dipanggil epidermis. Selain itu, kandungan air di bawah lapisan kulit juga semakin berkurangan. Faktor usia ini mempercepatkan lagi proses penuaan kulit.

Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia ini turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit. Kulit akan berubah menjadi tidak anjal andai tidak dipelihara dengan sempurna. Bukan sahaja bahagian kulit wajah sahaja yang perlu dipelihara malah turut perlu diberi perhatian seperti kulit lengan, tangan dan bahagian bawah kaki yang terdedah kepada kulit yang kering.

Sebelum kulit menjadi terlalu kering, carilah jalan untuk melembapkannya semula. Langkah asas untuk menghalang kulit menjadi kering adalah termasuk mengelakkan pengunaan sabun dan pembersih kimia yang kuat.

Bagi melindungi kulit agar kekal lembap, guna krim pelembap yang bersesuaian dengan kulit. Masalah kulit kering jika dibiarkan melarat boleh mengakibatkan ruam, ekzema, jangkitan bakteria sekunder, selutis dan perubahan tona kulit.

Cara Kenal Pasti Keanjalan Kulit

(1) Teknik cubit

IKLAN

Kulit di sekitar mata sangat sensitif dan merangsang kepada masalah lingkaran hitam dan kedut. Guna ibu jari dan jari telunjuk, cubit dengan perlahan-lahan penuh hati-hati di daerah kulit bawah mata kemudian lepaskan. Tingkat hidrat dan keanjalan kulit bergantung berapa cepat kulit yang dicubit tadi kembali kepada bentuk asal.

IKLAN

(2) Teknik tekan

Cara untuk mengenalpasti keanjalan kulit adalah dengan menekan di bahagian tulang pipi untuk merasakan berapa banyak kolagen yang dimiliki kulit dengan memerhatikan garis-garis halus di permukaan kulit ketika kulit ditekan. Jika terdapat banyak garis halus bermakna kulit mengalami dehidrat dan perlukan rawatan.

(3) Teknik mencebik

Mulut juga adalah daerah penting yang perlu dipelihara dengan teliti. Cara yang boleh dilakukan untuk menguji keanjalan kulit adalah dengan membuat ekspresi sedih iaitu dengan menggembungkan pipi sehinggi bibir seperti mencebik. Perhatikan kulit di sekitar mulut ketika mengembalikan kepada keadaan asal. Adakah terdapat banyak garishalus yang terbentuk? Jika benar boleh menambahkan pelembap agar keanjalan kulit terus terpelihara.