Sebelum ada anak, memang galeri kamera penuh dengan gambar peribadi tapi bila dah ada anak memang selalu para ibu lupa tentang diri sendiri. Memang betul kata orang, kalau dah ada anak, seorang ibu sanggup buat apa sahaja demi anak. Begitu lah besarnya kasih seorang ibu terhadap anak-anak.

IKLAN
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Koleksi Majalah Nona

Figura cantik anak kacukan Melayu-Pakistan ini juga begitu. Kalau tengok posting di laman Instagram milik Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, boleh dikatakan puteri sulungnya yang dilahirkan pada 15 April 2020 mendominasi ruang. “I don’t have a picture of me anymore in my phone. Semua dia, she’s 9 months now,” coret menantu YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Izham ini di laman Instagram miliknya.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Puteri sulung pelakon drama bersiri Ombak Rindu yang diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib ini memang sangat comel. Ramai yang memuji bayi pasangan sama cantik sama padan ini yang suka tersenyum, memang boleh cair tengok senyumannya. Geram tengok telatah dia!

Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial

Izara Aishah kelihatan bahagia sejak bergelar ibu di samping suaminya, Adib Khalid yang berkahwin pada 17 November 2017 dengan majlis resepsi penuh gilang gemilang serta memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.

IKLAN
Foto: Koleksi Majalah Nona

Sebelum ini, anak lelaki kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pernah berkongsi mahu memiliki anak empat orang. “Jika diizinkan saya pasang impian untuk memiliki tiga atau empat orang anak,” kata Adib usai majlis Baby Shower yang berlangsung di The Majapahit Residence Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tahun lalu.

IKLAN
Foto: Koleksi @712studios

Izara Aishah juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadi pilihan pengarah drama dan filem tempatan. Irisa Alaia juga bertuah kerana memiliki tiga orang nenek sekali gus iaitu Tengku Datin Seri Zawyah, Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin.

Foto: Koleksi @712studios

Cantik-cantik baju baby kat sini.