Jus segar tidak semestinya daripada sayuran hijau atau bayam untuk menjamin kesihatan tubuh. Jus delima juga sangat sihat kerana ia mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals. Jika ada sumber untuk dapatkan buah delima dalam tempoh PKP ini, mungkin anda boleh buat jus sendiri di rumah!

IKLAN

Dengan adanya phytochemicals, buah delima telah berkurun lama digunakan untuk kecantikan dan kesihatan. Kini, pelbagai kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan jus delima dalam pencegahan kanser, sokongan imun dan kesuburan.

 

  1. Antioksidan

Sejarah buah delima yang menjadi bahan utama dalam produk kesihatan sangat diperakui. Biji buah delima yang berwarna merah di dapati daripada polyphenols, bahan yang kuat kaya dengan antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia juga memiliki tiga kali ganda antioksidan lebih tinggi daripada teh hijau yang boleh menghalang radikal bebas, melindungi sel dari kerosakkan dan mengurangkan keradangan kulit.

  1. Vitamin C

Sebiji buah delima mempunyai lebih daripada 40 peratus vitamin C yang diperlukan tubuh setiap hari. Vitamin C boleh dipecahkan apabila dipastur, jadi pilihlah jus buah delima segar untuk mendapatkan nutrien penuh.

  1. Penghalang kanser

Pakar penyelidik mendapati jus buah delima membantu memperlahankan pertumbuhan sel kanser prostat, namun hasil ini masih di peringkat kajian.

  1. Perlindungan penyakit Alzheimer

Antioksidan yang terkandung dalam buah delima dikatakan membantu menghalang terjadinya penyakit Alzheimer dan melindungi memori.

  1. Penghadaman

Jus buah delima boleh mengurangkan keradangan dalam perut dan memperbaiki sistem penghadaman. Sangat sesuai untuk diamalkan pesakit ulcerative colitis dan penyakit keradangan usus lain.

  1. Penyakit jantung

Jus buah delima sangat sesuai untuk diamalkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan jantung kerana ia melindungi jantung serta arteri. Terdapat kajian menunjukkan jus delima melancarkan peredaran darah dan mengelakkan daripada berlakunya arteri menjadi tebal dan kaku. Tapi, dapatkan nasihat doktor dahulu ya!

  1. Tekanan darah tinggi

Dengan mengambil jus delima setiap hari, ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah systolic. Tetapi, pastikan jus delima yang tidak dicampur gula, hanya kekal dari jus buah sebenar.

  1. Antiviral

Di antara vitamin C dan nutrien lain seperti vitamin E, jus delima membantu mengelakkan kesakitan dari jangkitan. Ia juga terkenal sebagai anti bakteria dan anti virus di makmal ujian.

  1. Kaya vitamin

Selain vitamin C dan E, jus delima adalah sumber terbaik folat, potassium dan vitamin K. jika anda memilih untuk membeli jus delima di pasaran, pastikan membaca label terlebih dahulu untuk memastikan ia 100% jus sebenar tanpa gula tambahan.

  1. Kesuburan dan prestasi seksual

Tekanan oksidatif atau oxidative stress menunjukkan ia menjadi punca sperma ‘mati’ dan mengurangkan kesuburan wanita. Jus delima mengurangkan oxidative stress di dalam plasenta tetapi kejian masih belum menentukan kesahihannya.