Primavalet baru-baru ini telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam sebuah majlis gilang gemilang yang berlangsung di Hotel The Majestic Kuala Lumpur. Bertemakan glam lebaran, koleksi raya ini ternyata mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya menawan hati semua tetamu yang hadir.

IKLAN

Pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail telah menghimpunkan lebih daripada 126 model memperagakan busana istimewa untuk hari raya, koleksi kali dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

IKLAN

Antara koleksi yang diperagakan pada majlis tersebut termasuk baju Melayu, kurta, baju kebaya, baju kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon family dan juga himpunan koleksi baju kurung berasaskan fabric saree yang begitu memukau mata tetamu yang hadir pada malam tersebut. Semua busana yang diperagakan akan mula dijual di seluruh cawangan Primavalet bermula pada bulan Mei 2018.

Paling menarik pengunjung pada malam itu Primavalet memperkenalkan barisan duta 2018 yang menampilkan barisan selebriti terkenal antaranya Nabila Razali, Zul Arifin, Alif Satar,Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

IKLAN

Malah kali ini juga Primavalet menghimpukan koleksi dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuqan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari PrimaValet sendiri iaitu PV Man, PV Women dan PV Kids. Selain daripada jenama ini, koleksi-koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet Primavalet sempena hari raya tahun ini.