Mendengar hela nafasnya sahaja turut membuatkan dada kita rasa sesak. Jelas tergambar betapa susahnya wanita warganegara Britain yang disahkan positif Covid-19 ini untuk terus bernafas. Tara Jane Langston yang kini dilaporkan dalam proses ‘recovery’ dengan tahap kesihatan semakin baik setiap hari, mencuri tumpuan masyarakat dunia apabila video yang memaparkan Tara merakam keadaan dirinya menggunakan telefon bimbit ketika berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hillingdon Hospital di barat London tersebar. Sehingga ke hari ini, video berkenaan telah ditonton lebih sejuta orang.

IKLAN

Menerusi rakaman video itu kelihatan tiub pernafasan masih terlekat di wajah Tara dan nafasnya tercungap-cungap menceritakan keadaan diri yang kian beransur sembuh. Memetik kenyataan wanita berusia 39 tahun itu ketika dihubungi MailOnline pada Khamis lalu (19 Mac 2020), “Rasa seperti ada serpihan kaca di dalam peparu anda. Ia sukar untuk dijelaskan tetapi apa yang boleh saya katakan adalah setiap nafas itu seperti satu perjuangan.”

Tujuan asal Tara membuat rakaman dan menghantar video itu menerusi aplikasi Whatsapp adalah untuk menasihati rakan-rakannya supaya menjaga kesihatan diri ketika wabak Covid-19 melanda. Difahamkan ibu kepada dua anak ini ialah individu aktif dan menjalani gaya hidup sihat tetapi tidak bernasib baik kerana dijangkiti virus Covid-19 yang memaksa dirinya dikejarkan ke hospital menaiki ambulan sebelum disahkan positif Covid-19.

Sementara itu menurut laporan Associated Press (AP) pula, Tara yang bertugas sebagai pelayan restoran memaklumkan dia berasa ’10 kali ganda lebih sihat’ ketika merakamkan video tersebut berbanding sewaktu dia baru disahkan positif Covid-19. Dia turut berpesan  agar mereka berhenti merokok dan peka dengan situasi wabak ini supaya ia tidak terus merebak.

Kata Tara menerusi videonya, “Jika anda masih ambil mudah dengan keadaan ini, tengoklah apa yang berlaku kepada saya sekarang. Saya berada di ICU. Saya tak boleh bernafas sendiri tanpa bantuan (tiub pernafasan) ini. Ada cannula di tangan kiri dan kanan saya, juga catheter (satu tiub fleksibel untuk mengeluarkan cecair dalam badan seperti air kencing).

MISERICÓRDIA!.!.!. E ainda idiotas falando que é apenas uma gripe forte … bando de retardado .!!.!.

Posted by Luis Gustavo Moretti on Wednesday, March 18, 2020

Saya rasa 10 kali ganda lebih sihat sekarang berbanding sebelum ini. Jika sesiapa masih merokok, berhentilah kerana pada waktu seperti ini (covid-19) anda memerlukan paru-paru yang sihat untuk terus bernyawa. Sekali lagi saya tegaskan, jangan ambil mudah virus ini. Kerana jika anda dijangkiti, anda akan akhirnya berada di sini.”

Kini Tara sudah dibenarkan pulang ke rumah dan terlalu gembira dapat bertemu semula suami dan dua anaknya selepas ditahan di hospital selama 9 hari termasuk 3 hari di ICU akibat Covid-19.

“Saya dah boleh bernafas seperti biasa dan rasa sangat gembira. Kepada suami dan anak-anak, mummy is coming home soon. Make sure you get the house tidy. I love you and miss you and can’t wait to be with you.”

Tara dijemput suaminya, Richard pada pagi Ahad lepas (22 Mac 2020) di hospital dalam suasana penuh emosi. Dia dan suami mempunyai dua anak perempuan iaitu Annabelle berusia 17 tahun dan Meadow, tiga tahun.

 

Sumber: MailOnline / Associated Press / Tara Jane Langston Facebook