Santan terhasil daripada perahan isi kepala yang berwarna putih. Santan menjadi elemen utama penyedap masakan terutama untuk masakan seperti nasi lemak, gulai lemak cili padi, pulut dan sebagainya.

Namun, sejak dahulu lagi santan juga telah digunakan untuk mencantikkan rambut. Peredaran teknologi kecantikan telah menghasilkan produk kecantikan yang berasaskan santan ini.

IKLAN

Produk kecantikan rambut berasaskan santan telah diusahakan bukan sahaja di dalam negara malah negara barat juga telah mula menghasilkan produk-produk kecantikan berasaskan kelapa ini.

Santan kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, vitamin C dan E, juga zat besi, selenium, kalsium, magnesium dan fosforus. Kandungan ini memberi kesan terbaik untuk rambut.

 

NUTRSI UNTUK RAMBUT

Menyapu santan di kepala memberi kesan dingin kepada kulit kepala. Segala nutrisi santan disalurkan dari hujung rambut sehingga ke akar. Kandungan lemak dan vitamin dalam santan dapat merangsang pertumbuhan sehingga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan folikel agar rambut lekas panjang serta lebat. Kedua-dua kandungan ini diperlukan oleh kulit kepala untuk memperkuat akar rambut supaya tidak mudah putus.

MENCEGAH BOTAK

Apabila digabungkan dengan bahan organik lain, santan berkuasa untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Urut lembut santan pada rambut dan kulit kepala untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala dan membuka folikel yang boleh disekat dan menyuburkan rambut. Malah santan adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang mengalami keguguran rambut kerana kelemumur.

ATASI RAMBUT KUSUT

IKLAN

Ketika bangun daripada tidur atau selepas bersyampu biasanya rambut berada dalam keadaan kusut dan sukar untuk bersikat. Hakikatnya rambut akan putus atau gugur ketika disikat dalam keadaan kusut. Santan sangat berguna untuk merawat rambut kusut dengan cara yang amat mudah. Sapu sedikit santan ketika menyikat rambut terutama pada bahagian yang kusut. Sikat dengan lembut sehingga rambut terurai rapi.

ELAK RAMBUT KERING

Santan mengandungi protein penting yang diperlukan oleh rambut. Kombinasi santan bersama minyak kelapa dan madu sangat mujarab untuk rambut kering. ramuan ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh rambut yang kering dan menjadi rawatan utama agar mengekalkan rambut panjang terus sihat.

IKLAN

SOLUSI MELEMBAP RAMBUT

Santan mengandungi beberapa lemak baik seperti omega 3 dan omega 6. Lemak ini sangat bermanfaat sebagai pelembap rambut dan kulit kepala. Kulit kepala dan rambut sihat akibat kelembapan yang betul dapat mencegah dan mengatasi masalah kelemumur dan rambut kering. Titiskan santan kelapa dan urut lembut kulit kepala agar menerima segala nutrisi yang diperlukan oleh rambut.

SINGKIR KELEMUMUR

Kelemumur biasanya berlaku kerana pengelupasan kulit kepala yang dirangsang kerana bakteria atau ketidakseimbangan pH. Santan dapat memberikan sensasi dingin pada kulit kepala. pH santan hampir dengan pH kulit kepala sehingga boleh mengembalikan keseimbangan pH di kulit kepala yang terganggu akibat pencemaran bahan kimia dalam produk perawatan rambut. Apabila santan diadun dengan jus nanas dan air kelapa menjadi magis dalam perawatan menyingkirkan kelemumur pada kulit kepala.

PERAPI SEMULA JADI

Santan kelapa adakan perapi semula jadi untuk rambut kering dan bercabang. Santan kaya dengan karbohidrat, mineral dan vitamin yang boleh membantu memperkuat rambut sehingga tidak mudah putus. Komponen ini membuat rambut menikmati nutrisi yang mencukupi, antipenuaan dan mudah putus. Kandungan antioksida, antivirus dan antibakteria pada santan membebaskan rambut daripada fungus, virus atau bakteria yang menjadi punca gangguan rambut seperti rambut bercabang, kering, gugur dan kutu.