Lebih dua minggu berpuasa, pastinya buah kurma masih berbaki di dalam simpanan bukan? Mungkin ada yang sudah jemu menjamah buah kurma dan inginkan kelainan. Datin Ira Ghani, antara VIP yang sudi berkongsi menu ringkas yang boleh disajikan hanya menggunakan buah kurma dan enam bahan yang ringkas. Jom kita lihat resipi Kurma Tempura Goreng yang enak dinikmati ketika berbuka puasa!

IKLAN

KURMA TEMPURA GORENG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Buah Kurma|dibuang biji
  • Tepung Tempura
  • Serbuk Vanilla
  • Chocolate Rice
  • Garam
  • Air
  • Susu Kambing

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Masukkan tepung tempura ke dalam mangkuk. Jika tiada boleh gunakan tepung gandum dicampur tepung beras.
  2. Masukkan pula susu kambing dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Tambahkan sedikit air, garam dan serbuk vanilla.
  4. Masukkan kurma yang telah dibuang bijinya. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Panaskan minyak. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.