Beramal sambil menyebar ilmu dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Begitulah inisiatif murni Dato’ Aaron Aziz dan Dayang Nurfaizah dalam bulan Ramadan ini bagi menyuburkan ladang pahala masing-masing.

Sebagai selebriti dan public figures yang disegani peminat, kelebihan ini seharusnya tidak disia-siakan. Terbaharu, Yayasan AIDS Malaysia (YAM) memperkenalkan pelitup muka fabrik Selebriti Sokongan Riben Merah (RRCS) dengan siri pertama diinspirasikan daripada pelakon dan pengarah filem, Dato’ Aaron Aziz dan penyanyi, Dayang Nurfaizah.

IKLAN

Penjualan pelitup muka ini adalah bagi menyokong usaha YAM dalam membantu Orang Yang Hidup dengan HIV (ODHIV) dengan segala keuntungan disalurkan kepada komuniti berkenaan dalam program rawatan, penjagaan dan sokongan.

Presiden YAM, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, “RRCS telah menjadi penghubung terbaik dalam menyalurkan maklumat mengenai YAM kepada peminat mereka dan orang ramai umumnya sejak pengenalan program RRCS pada tahun 2009.

Prof Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman

 

Justeru, inisiatif terbaharu ini adalah satu lagi langkah dalam usaha membantu komuniti ODHIV di Malaysia dengan segala keuntungan jualan turut menyokong usaha Mengakhiri AIDS menjelang 2030. MAF sangat berterima kasih terhadap sokongan RRCS dalam menjayakan inisiatif ini.”

SATU PENGHARGAAN

Dilantik sebagai RRCS oleh YAM adalah satu penghargaan besar bagi saya. Semestinya saya akan menggunakan pengaruh menerusi platform ini dalam menyokong usaha murni YAM.

Saya mengajak anda semua menyokong usaha ini dalam membantu komuniti yang memerlukan – Dato’ Aaron Aziz

 

Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bagi membantu ODHIV di Malaysia. Ia juga amat bertepatan pada waktunya kerana pelitup muka adalah satu keperluan harian wajib digunakan.

IKLAN

Rekaan menarik ini juga sudah pasti boleh menjadi koleksi peminat-peminat saya – Dayang Nurfaizah

 

JUALAN

IKLAN

Berharga RM39.90, pelitup muka ini boleh didapati di laman web yam.org.my dan laman rasmi Shopee YAM iaitu shopee.com.my/maf.os. Pelitup muka ini direka dengan corak khas mengikut personaliti dan keaslian dua artis berkenaan.

Menggunakan 100% fabrik poliester, pelitup muka 4 lapisan ini memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kumpulan makmal antarabangsa terkemuka dalam ujian, pemeriksaan dan pensijilan, Eurofins.

Agensi ini menyediakan perkhidmatan menyeluruh yang mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Pelitup muka ini melepasi ujian efisiensi penapisan bakteria menjadikannya selamat untuk digunakan. Produk ini dibungkus dengan kemas bagi jaminan kualiti dan kebersihan. Ia juga mudah dibersihkan untuk kegunaan setiap hari.

Pembeli kini berpeluang mendapatkan diskaun 10% sepanjang tempoh pra-tempahan bermula daripada 22 April sehingga 30 April 2021 menerusi pembelian di yam.org.my atau shopee.com.my/maf.os.