DEENA EMIR & SAHARUL RIDZWAN

13 Jun lalu, isteri pelakon Saharul Ridzwan yang juga usahawan muslimah Deena Emir selamat melahirkan cahaya mata kedua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, meskipun
pasangan romantis ini sejak awal kehamilan enggan mengetahui jantina anak yang dikandung… namun jauh di sudut hati mereka mengharapkan kehadiran zuriat perempuan
sebagai pelengkap rumah tangga. Apatah lagi, anak sulung mereka ialah anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali berusia tiga tahun. Nampaknya dah sepasang anak
Saharul Ridzwan dan Deena!

IKLAN

Menceritakan kembali pengalaman melahirkan cahaya mata kedua, pengasas Qaabila ini mengakui berdepan detik cemas namun segala kesakitan itu hilang setelah melihat
anak yang dikandung sembilan bulan tersebut lahir ke dunia dalam keadaan sempurna. “Antara doa yang paling saya dan suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadan haritu
adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup. Paling diminta, dan bila dah dapat rasa dia macam… Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambaMu yang
hina ni pada waktu yang sangat diminta.

Ramai tak tahu yang sebenarnya from the early stage of pregnancy sampai la dalam labour room, kami suami isteri langsung tak tahu apa gender baby kali ni. Memang dari awal scan dah informed awal-awal dekat doktor jangan mention apa jantina baby. Saja nak rasa surprise (walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl).

Pregnancy kali ni memang totally different dengan Ali dulu. Deena 2,3x admitted dalam hospital, demam panas almost 40c, alahan teruk ya amat, tak boleh bau masak-masak ni, muntah sampai lembik nangis-nangis tak larat, emosi tak stabil (kesian Ali awal-awal dulu selalu mummy marah-marah dia. I’m sorry baby) Lepas tu suka makan manis-manis sampai dapat GDM. Nasib baik just control my diet, tak perlu insulin. So baby kali ni agak besar sikit compared to abangnya.”

Tambah pemilik nama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir ini lagi, “10th June Deena ada final check up. Ambil CTG, doctor found out that contraction Deena agak strong and
bukaan 1.5cm. Terus admitted. 11th June next day, suddenly contraction slow down, but baby still healthy jantung okay. Bukaan pulak maintain je 1.5cm. Actually due asal is 16th June 2020. So doctor kata it’s okay la boleh balik dulu, datang balik a day before due nanti.

Esoknya pula ada bleeding sikit, tapi tak sakit. Tanya doctor, she said if tak sakit then tak apa, air ketuban pun tak pecah lagi. Banyakkan exercise, berjalan pusing taman. Kita pun pusing la taman 2 rounds, makan durian, minum air kelapa, makan nenas sikit. Sekali on the next day morning 13th June, pecah air ketuban kat rumah pukul 9 pagi! Panic sangat eventhough pernah lalui experience yang sama. Sampai hospital pukul 10 pagi, masuk labour room. Bukaan masih 1.5cm. Contraction rasa tapi on & off. But CTG shown that graph for baby tak cantik. Baby tak respond dengan baik bila contraction datang.

By 12.50 noon terpaksa induced. Pukul 3pm, contraction dah maximum. Bukaan dah 5cm. Tapi kepala baby tak nak turun ke pintu rahim. Doktor risau takut tali pusat terbelit dekat leher atau kaki baby. Pukul 4pm terpaksa emergency czer, for the first time Deena ambil epidural. Kena inject dekat belakang badan time contraction tengah paling maximum, Allahuakbar sakitnya. 4.21pm lahirlah puteri mummy, weight 3.3kg, length 51cm. Dan takde terbelit apa pun, everything just fine. Alhamdulillah.”

Di sebalik kesakitan yang tidak tertanggung dialami Deena tersebut, Allah hadirkan ‘kemanisan’ yang membuatkan dia menangis syukur. Lebih menyentuh perasaan apabila suami tercinta turut merasai nikmat bergelar bapa sekali lagi. Kali ini lebih istimewa kerana dikurniakan seorang anak perempuan.

The moment nurse bagitahu “baby girl”. Allahuakbar! Berderai laju air mata. One of the greatest feelings ever. Macam mimpi. Dalam operation room @saharulridzwan tak boleh masuk. Tunggu dekat luar je. Dalam hati Deena masa dah tahu gender baby, takde fikir apa dah. For sure baba dia insan paling happy sekali dan tak sabar nak tengok reaction @saharulridzwan. Rupanya Baba dia terus sujud syukur.

Happynya rasa, hilang semua sakit penat tadi. Tak apa la mummy sakit macam mana pun, asalkan anak mummy selamat dan sihat. Moga jadi hambaNya yang soleh dan solehah anak anak mummy. Aamiin ya Rabb.”

21 Jun 2020, selesai majlis tahniq dan cukur jambul anak kedua mereka pada hari ketujuh yang dibimbing Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Sempena majlis tersebut, Saharul dan Deena sepakat menamakan anak perempuan mereka Fateema Azzahra binti Mohd Saharul Ridzwan. Sedap nama! Moga Fateema Azzahra membesar dengan sihat dan jadi anak solehah.

Comelnya mainan bayi yang ada di sini.

Kredit: Instagram Deena Emir