Masuk minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan, isu kekurangan bekalan roti masih hangat diperkatakan. Malah ada yang sanggup mengejar lori roti atau menunggu ketibaan lori roti di hadapan kedai bagi memastikan dapat membeli roti untuk keluarga.

IKLAN

Kalau tidak dapat  membeli roti, apa kata buat sendiri roti  di rumah. Resipi roti yang dikongsikan oleh Zeti Khalid  @zetihotoven ini sememangnya amat mudah untuk disediakan. Lebih penting, ia tidak menggunakan telur sebagai salah satu bahan dalam pembikinan roti. Jadi bagi anda yang mengamalkan pemakanan secara vegetarian bolehlah mencuba sendiri membuat roti yang gebu ini. Jimat dan confirm sedap!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN 1:

240gm susu (dipanaskan)

1 sudu kecil gula

2 sudu kecil yis segara

BAHAN 2:

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

1 1/2 sudu kecil tepung susu

20gm mentega

CARA MEMBUAT:

1.Masukkan  susu bersama gula dan yis segera ke dalam mangkuk adunan.Kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit sehingga ia kembang.

 

2.Untuk langkah 2, masukkan tepung gandum bersama garam dan susu tepung. Apabila adunan yis sudah kembang, masukkan ke dalam adunan tepung.Gaul rata.

3.Masukkan mentega dan gaul sehingga adunan menjadi rata.

4.Uli dalam mixer selama 10 minit. Adunan roti ini adalah jenis sticky atau pastikan ia tidak melekat di dalam mangkuk adunan.

5.Letakkan adunan di dalam mangkuk dan renjiskan sedikit air agar adunan tidak menjadi kering dan balutkan dengan cling wrap atau kain.

6.Selepas doh direhatkan selama 45 minit atau 1 jam, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan kaut semua dari dalam mangkuk adunan.

7.Bulat-bulatkan adunan menjadi bentuk bebola sebanyak 16 biji

8.Griskan tin pembakar dengan baking spray.Rehatkan doh selama 45  minit atau 1 jam untuk memberikan ruang doh naik sekali ganda lagi.

9.sapukan susu uht di atas doh danbakar selama 15 minit pada suhu 200C. Apabila siap, sapukan mentega di atas roti sebelum dinikmati.
.Terima Kasih: Zeti Khalid dari @zetihotoven