Setiap hari tak cukup sempurna hidangan di meja tanpa ada side dishes yang ringkas tetapi mengenyangkan. Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan lauk yang ‘berat’, bolehlah pinjamkan sedikit waktu untuk menyediakan resipi yang senang dan berkhasiat.

 

IKLAN

Perkongsian daripada Puan Noor Atika Mahamood di laman Facebooknya cukup jelas. Bila buat sendiri, kita pandai-pandailah adjust rasa dan isi tauhu pun boleh dipenuhkan dengan seberapa banyak daging yang kita mahu. Jom kita mulakan!

 

TAUHU BEGEDIL DAGING TAK KEDEKUT

Bahan-bahan:

8 biji kentang bersaiz sederhana

20 biji tauhu pok

1 pokok daun sup

½ cawan bawang goreng segera

1 cawan daging kisar

1 biji bawang besar dipotong dadu

Sedikit garam

Sedikit lada sulah dan lada hitam (mengikut citarasa)

 

Cara membuat:

  1. Tumis bawang besar sehingga naik bau kemudian masukkan daging kisar.

 

2.Tumis sehingga daging kisar masak atau empuk.

3. Lenyekkan kentang yang sudah digoreng.

4. Masukkan daging kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Gaul sehingga sekata.

5. Masukkan isi begedil yang sudah siap ke dalam tauhu. Tauhu digunting silang pada bahagian atas. Isikan dengan padat dan susun di atas pinggan.

Untuk menggoreng tauhu begedil, ini adalah bancuhan telur.

2 biji telur

1/2 sudu teh garam

1 sudu tepung jagung

Campurkan kesemua bahan dengan sebati.

Celup tauhu begedil di dalam campuran telur dan goreng.
Setelah siap digoreng, bolehlah dijamu ketika berbuka puasa nanti.
Tambah Puan Noor Atika Mahamood lagi, untuk lebih sedap bolehlah dimakan Bersama sambal kicap. Ini adalah resipinya:
Bahan-bahan sos/sambal kicap :
– Kicap manis
– 3 ulas bawang putih
– 5 biji cili padi (mengikut kepedasan cili masing-masing)
– 2 sudu gula melaka dicincang
– 1 sudu tepung jagung dibancuh sedikit air
– Sedikit garam
– Sedikit perahan jus lemon atau limau
– Bijan yang disangai sebagai hiasan
Kredit Info dan Gambar: Facebook Noor Atika Mahamood