Di sebalik keredupan wajah pengasas dan pereka Minaz, Hafiza Abd Hamid, tersembunyi sisi tegas ketika mendidik anak-anak. Isteri kepada Noor Tamizee ini ternyata seperti ibu muda lain yang mahu berjaya dalam karier dan juga dalam masa yang sama cekap menguruskan rumah tangga.

IKLAN
Foto: Instagram @pijaminaz
Foto: Instagram @pijaminaz

Memang itu bukan suatu tugas yang mudah kerana menuntut pengorbanan yang padu. “Saya akui memberi pendidikan kepada anak-anak zaman sekarang bukan mudah seperti yang disangka. Pendidikan kanak-kanak kini jauh berbeza ketika saya membesar dahulu.

Foto: Instagram @pijaminaz

Namun saya dan suami tidak mahu menjadi pemerintah kuku besi dalam membesarkan anak-anak. Saya lebih selesa memberi kebebasan kepada mereka untuk mencorakkan hala tuju kehidupan mereka.

Foto: Instagram @pijaminaz

Walaupun anak-anak masih kecil lagi tetapi saya sudah nampak kecenderungan mereka terhadap sesuatu. Anak yang sulung saya hantar ke Sekolah Tahfiz kerana dia lebih cenderung ke arah pendidikan Islamik.

Foto: Instagram @pijaminaz

Anak yang kedua masih kecil lagi namun, saya sudah nampak dia minat kepada kecantikan dan fesyen. Mungkin anak kedua ini bakal mewarisi apa yang saya miliki kini. Ketika mereka masih kecil saya menerapkan pendidikan yang lebih santai dan ceria seperti bermain dan meneroka benda baharu.

Foto: Instagram @pijaminaz

Salah seorang abang saya menetap di Australia dan saya belajar dengan cara pendidikan yang diterapkan di sana yang memberi pendidikan sebegitu.

Saya juga menyimpan hasrat agar anak-anak saya boleh menguasai beberapa bahasa selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka sudah besar nanti. Saya menghantar anak belajar bahasa Mandarin kerana mengalami kesukaran ketika berurus niaga akibat perbezaan bahasa.

Foto: Instagram @pijaminaz

Perjalanan urus niaga pasti lebih lancar jika tiada masalah komunikasi. Dalam kehidupan mereka yang lebih mencabar nanti, pada pandangan saya kebolehan berbahasa asing menjadi keperluan untuk meneruskan hidup,” ujar ibu kepada Furqan Noor Tamizee, Safiyya Noor Tamizee, Wardah Noor Tamizee dan Mohamed Youseff Noor Tamizee ini.

Foto: Instagram @pijaminaz

Wanita yang mudah melemparkan senyuman ini juga tidak pernah kalah bergaya setiap kali tampil di hadapan khalayak. Menurutnya memang sejak kecil lagi dia gemarkan fesyen. Lebih suka menggabungkan pakaian dengan konsep suai padan. Begitu sinonim dengan rona pastel dan lebih selesa menggayakan busana two pieces.

Foto: Instagram @pijaminaz

Menyingkap rahsia rejim kecantikan yang diamalkan wanita ini, nyata Pija lebih selesa melakukan secara sederhana. “Rutin penjagaan kulit saya seperti biasa dengan membersihkan wajah daripada segala kotoran dan solekan.

Foto: Instagram @pijaminaz

Sapu penyegar dan pelembap juga sudah menjadi kemestian. Saya suka produk yang berasaskan bunga-bungaan dan pasti mudah tertarik kepada produk yang mengetengahkan bunga sebagai bahan asas mereka,” ungkap pengasas wanita yang lebih mesra disapa Pija ini.