Dunia kecantikan bergerak pantas selari dengan kepesatan teknologi. Wanita zaman ini lebih adventurous dan tidak terikat dengan definisi kecantikan konvensional. Kekurangan diri dianggap sebagai identiti dan sesuatu yang unik untuk diketengahkan.

Umpamanya selebriti Perrie Edwards. Meskipun penyanyi Inggeris berusia 28 tahun ini pernah mengisi hati Zayn Malik, namun peminat Perrie lebih mengagumi keberanian beliau tampil tanpa solekan tebal… bayangkan walau berjeragat, tapi tetap cantik dan confident!

IKLAN
Perrie Edwards

 

Sinonim dengan bulan untuk meraikan wanita-wanita hebat, Nona turut sama menyambut kehadiran Mac ini dengan himpunan produk kecantikan terbaharu di pasaran.

Pun begitu, jangan terkejut kerana jangka hayat sesuatu produk kecantikan kini cukup singkat. Apa yang in bulan lalu, mungkin sudah tidak relevan hari ini. Apa pun, berpeganglah dengan kekuatan diri anda dan level up produk kecantikan okay!

 

(a) Coach X Sephora Collection Tea Rose Brush Set

Koleksi set berus Coach X Sephora edisi terhad ini menampilkan lima berus asas dalam maskot Coach dan Tea Rose. Ia menggambarkan sifat gadis Coach yang feminin dan quirky.

Berus sintetik ini merangkumi berus pemerah pipi, berus bedak, berus highlighter, berus pembayang mata dan berus crease, serta hadir dengan stand dan cincin yang boleh ditanggalkan. (RM375)

 

(b) Pensel Mata & Bibir Gucci Beauty

Stylo Contour des Yeux

 

Crayon Contour des Lèvres

Himpunan solekan Gucci Beauty meluaskan pilihan penggaris mata dan bibirnya menerusi Crayon Contour des Lèvres dan Stylo Contour des Yeux. Di bawah arahan kreatif Alessandro Michele, anda kini bebas mengekspresikan keunikan diri dan bereksperimen dengan rona-rona neutral mahupun pelangi.

Debut enam rona baru pensel bibir dan enam rona pensel penggaris mata kohl pasti menyerlahkan gaya wanita berani dan berkuasa! (RM115)

 

(c) Fenty Beauty Body Sauce

Tampilkan kulit tubuh yang sihat bermaya dengan ‘sos rahsia’ terbaharu Fenty Beauty. Body tint bertekstur krim-gel ringan ini dirumus dengan Minyak Babassu dan Vitamin E untuk menyerlahkan kilau kulit asli, selesa dan lembut disentuh.

IKLAN

Ia tersedia dalam 7 pilihan rona kulit untuk litupan buildable sambil menyamarkan penampilan cela dengan sempurna! (RM189)

 

(d) Nu Skin ageLOC Boost

Tampil sebagai sistem peranti kecantikan yang serba canggih, ageLOC Boost menggunakan teknologi Variable Pulse Microcurrent yang menghantar denyutan pemulihan yang bercas seimbang dan berselang-seli ke dalam kulit sebanyak lapan kali sesaat.

Apabila digunakan dengan Nu Skin Activating Treatment, arus mikro mengoptimumkan dan mengaktifkan kulit supaya tampak lebih muda dan berseri (RM1,280)

IKLAN

 

(e) Innisfree 2021 Jeju Color Picker Camellia Edition

Diinspirasikan daripada kembangan bunga camellia mekar, koleksi mekap terbaharu Innisfree ini membayangkan keindahan rona tahunan Pulau Jeju.

Rona merah camellia memancar melalui senyuman lembut menggunakan Camellia Petal Tint dan Lip Oil, pemerah pipi dan palet mata (RM52 – RM112)

 

(f) Nutox Renewing Treatment 

Rangkaian Nutox Renewing Treatment diperkenalkan semula untuk menangani pelbagai masalah kulit dan memastikan kulit kekal lembap sepanjang masa. Dua produk utama rangkaian ini, Moisturising Essence dan Ampoule, telah terbukti secara klinikal serta diuji secara dermatologi bagi memastikan kulit lebih sihat.

Rumusan Actistem Gold Nest menggalakkan penghasilan kolagen sementara teknologi Tri-Lumines Complex menjadikan wajah anda lebih berseri (RM26.90-RM88.90)