MARION CAUNTER

Tahun ini masuk tahun ke-10 jelitawan Marion Rose Caunter Abdullah menyambut Aidilfitri sebagai seorang Muslim dan isteri kepada SM Nasarudin SM Nasimuddin. Mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacak yang juga pewaris Naza Group pada 16 Disember 2010, Marion yang dahulunya merupakan pengacara, DJ dan model kini berstatus ibu kepada tiga orang anak.

IKLAN

Meskipun sudah beranak tiga namun pesona dan kecantikan Marion tetap memukau. Pendek kata, penampilan dan susuk tubuh wanita berusia 39 tahun ini kekal menawan.
Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak dan sempurna.

Lebih-lebih lagi saat mengenakan busana tradisi seperti baju kurung dan kebaya. Terserlah keanggunan anak jati Pulau Pinang ini.

Mengintai potret indah pada 1 Syawal lalu, penampilan Marion sekali lagi menjadi perhatian. Bukan hanya di kalangan warga net bahkan rakan-rakan artis turut mengagumi
kecantikan Marion yang terkenal dengan cita rasa fesyen mewah dan eksklusif.

Pagi 1 Syawal Marion sekeluarga memilih rona indah mint green. Sama seperti tahun lalu, Marion memilih rekaan busana dari label fesyen ternama, Fizi Woo. Tidak sahaja untuk
dirinya, bahkan Marion turut menempah kebaya dengan rona sedondon buat dua anak perempuan. Bagaikan peragawati di pentas peragaan, Marion berjaya menyerlahkan sisi anggun dalam persalinan yang dipakai.

Difahamkan silhouette kebaya Marion tahun ini diinspirasikan daripada 50s Vintage Collection Monsieur Christian Dior. Patutlah nampak mewah!

Memasuki 2 Syawal pula, Marion tetap memilih tema sedondon. Masih mengekalkan eleman busana tradisi kebaya, gaya hari raya kedua Marion tampil dengan corak berwarna-warni dan yang paling penting selesa. Kebaya mengikut susuk tubuh dengan ikatan kain ala pario ilham pereka fesyen Khoon Hooi nyata memukau pandangan.

Dengan bentuk tubuh ramping, penampilan Marion tampak sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki. Biarpun tanpa memakai aksesori rantai leher dan gelang tangan. Simple, yet elegant!

 

Kredit: Instagram Marion Caunter